Monday, November 30, 2009

Demam Raya

Salam Aidiladha buat semua umat islam.Maaf Zahir&Batin.
Minggu ke 2 cuti sekolah,sy&suami pulang ke Kedah utk berhari raya bersama keluarga.Walaupun kepulangan kami hanya untuk beberapa hari (khamis- ahad), namun ianya cukup beerti bila dapat bertemu sanak saudara.Kami bertolak pg khamis(esoknya raya) dlm keadaan suami yg kurang sihat(dmm selsema&batuk) mgkn d sebabkan perubahan cuaca yang x menentu lewat ini.Saya?Alhamdulillah.. masih dlm keadaan sihat.Namun ujianNYA siapa tahu..Keesokan harinya,seusai solat sunat Aidiladha d kg mertua(A.Setar),saya pula mula rasa x sedap badan,batuk2 dan akhirnya demam.Rupanya dh berjangkit dari suami.Kata suami"kita sehati serasi",ada2 sj dia tu..X sempat nk pegi klinik so beli ubat kt farmasi ja.Mujur la tak seteruk mana..apapun kami tetap gembira berhari raya even dlm keadaan kurang sihat.
Petang raya kami bertolak ke Seberang Perai untuk menziarahi ayahnda yg tinggal bersama k.long dgn bantuan ct(maid).Tima ksh pada kalian yg menjaga ayah dgn baik.Mg Allah sj dapat membalasnya.i.allah..Setelah 2 hari bermalam d Seberang Perai,pg Ahad kami bertolak balik ke N9.Berat hati untuk pulang,rasanya belum puas melepas rindu pada saudara mara,tapi apakan daya suami x dapat cuti lama.Tuntutan kerja dan kekangan masa menghalang kami untuk terus bersama keluarga.Nak dibiarkan dia pulang keseorangan,kesian pula,tambah2 lg x sht.I.allah bl2 ada kelapangan,ada rezeki kita ketemu lagi.
Walaupun keadaan kami berdua masih x sihat sepenuhnya hingga kini,tp alhamdulillah masih dberi kekuatan olehNYA untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa.Apa yang merimaskan,ubat kna makan tiap ari.Oh I don't like it..Apapun moga kami cepat sembuh seperti sediakala coz esk ptg kami akn fly ke sbh utk bercuti beberapa hari bersama teman akrab.Doakan keselamatan kami....sampai ketemu lagi.....

Sunday, November 22, 2009

Sunyi Kembali

Setelah lama x menulis en3 sbb x der mood+ malas,hari ini tetiba mood rajin datang. hehe..Sebenarnya boring dan x tau nak buat apa sorang2. Seusai menyiapkan segala tugasan rasmi as a housewife 24hours sejak cuti persekolahan akhir tahun 2009 bermula,so dpt la idea nk menulis sedikit catatan aktiviti sepanjang cuti.Almaklumlah cuti lama..sbln lebih tuu..
Weekend pada minggu pertama cuti(21&22 Nov 2009),ku gumbira...coz my beloved sister,k.dayah&her husband(abg din) yang menetap d Penang datang bermalam d rumahku so x la terasa sunyi sgt.Sebenaqnya my sis kena lapor diri d Institut Perguruan Islam,Bangi.Alang2 dh dekat diorang datang la menziarahiku&suami.Klu saja-saja nk datang ziarah tu lambat la rasanya kn?betoi x kak? hehe..Anyway thanks atas kesudian kalian datang menziarahiku yang jauh d perantauan ni.sedih la plak..aku la satu-satunya adik beradik yang paling jauh dr family.Kakak2 dan abg2 yg lain menetap sebelah utara ja(Kedah&Penang) huhu....Nak buat camna,rezeki kami d sini...Bak kata orang,muda-muda ni merantau la dulu tgk tempat org,jauh perjalanan,luas pengetahuan..hope so.
Sebelum my sis g regist pada 23/11,kami sempat la g jalan2 pada hari sabtu n ahd .Antara destinasi yg dilawati:
SABTU,21 Nov 2009.
1) Jaya Jusco,Seremban 2
2) Satay Kajang Hj Samuri (tp bukan d Kajang,cawangannya d Senawang)

AHAD,22 Nov 2009.
1) IPG Islam,Bangi (sekadar melawat kwsn n menunjuk arah pd diorg)
2) Kuarters dlm UKM (umh kwn abg iparku dan secara kebetulan isterinya,rakan sekerja suamiku.
3) Alamanda,Putrajaya
4) Sekitar Putrajaya
5) Masjid Sultan Mizan atau known as masjid besi yg masih dlm pembinaan tp sudah beroperasi even escalatornya belum berfungsi lg.

Hari ini my sis awl2 pg sudah pergi regist,dh xle sembang2.Katanya cuti sek next year dtg plak.Kedatangnmu sentiasa ku nanti...Anyway ku harap kau tabah,gigih dan sabar menghadapi segala ujian dalam menuntut ilmu demi masa depan. Doaku sentiasa mengiringimu&kandunganmu agar kalian sentiasa dalam peliharaan NYA.I.allah...
Husband lak pegi office cm biasa so tinggal la daku keseorangan...kesepian...kesunyian...
Sunyi Kembali.....