Sunday, December 20, 2009

seminggu bersama....

Begitu cepat masa berlalu...minggu lps (minggu ke 4 cuti),ku pulang ke rumah k.long untuk menziarahi ayah yang kurang sihat lewat ini.Kepulangan ku sendirian kerana suami bekerja,anyway terima kasih kerana mengizinkanku dan memahamiku.
Keadaan ayah ok cumanya kurang selera mkn,x sedap badan(kebas2).Mungkin faktor usia dan kesan diabetis yang lalu kata doktor.Moga ayah dlm keadaan baik selalu hendaknya.Dulu setiap kali ujung minggu ku berkesempatan menghabiskan masa bersama ayah,x kira d mna ayah berada,di situ ku bersama.. namun kini x lagi ku mampu begitu.Hanya doa dr kejauhan buatmu ayahnda tercinta.Terima kasih pada kakak2&abg2 yg selalu mengambil berat tentang ayah.X lupa..jutaan terima kasih pada SITI(maid ayah) kerana menjaga ayah dgn baik.
Di kesempatan ku pulang selama seminggu,sempat juga ku ziarah ibu mertuaku,bertemu k.lah&family,abg jun&family,k.dyh&a.din,melayan anak2 buahku.Selain itu,berkesempatan jg jln2 ke Kompleks Kailan,mengikut k.long ke SBPI,Bukit Kayu Hitam utk mengambil kakak(anak sulungnya) kerana tamat exam SPM dan di situ bertemu k.pidah dan anak buahku faezah&fazlina(juga menuntut d SBPI seusia kakak).Selain itu,dengan masa yang ada ku bertungkus lumus siang&malam membantu k.long menyiapkan assignmentnya...
Kini semuanya sudah berlalu..ku kembali menghabiskan cuti-cutiku dgn aktiviti sendiri.Kenangan bersama kalian masih segar di ingatan,Walaupun cuma seminggu bersama namun nikmatnya tidak terhingga..
Entah hari mana,bulan mana dapat lagi kita bersama....

Wednesday, December 9, 2009

Year End Holiday 2009


Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya.Pelbagai kenangan suka dan suka sepanjang tahun ini ku lalui.Syukur...ku masih dberi kesempatan olehNya untuk merasa segala nikmat kurniaanNYA yg tidak terkira.
Sebagai penutup "cuti-cuti Malaysiaku" tahun ini, alhamdulillah pada 4-7 Dis yg lalu(minggu ke 3 cuti),perancangan percutian kami selamat dilaksanakan d negeri bawah bayu.Percutian kali ini lebih menyeronokkan coz kami x ber 2,tp ber 5, termasuk 2 org kawanku yg jg suami isteri(Aina&Nasir) serta ank lelaki mereka(Irfan) berusia 1thn lbh. Suamiku,Nasir&Aina dah pernah ke Sabah,tambahan pula Aina pernah menetap&berkhidmat selama 1thn stgh d sna so sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan mereka memudahkan lg percutian kami.Cuma.. sy dan Irfan yg x pernah sampai.
Kami berangkat pd 4 dis 09(jum),jam 6.20 ptg tp flightnya delay plak
(sokmo cmtu airasia).Ini bkn 1st time fly,dl ms PJJ sy selalu fly dtg jumpa suami,tp inilah 1st time fly bersama suami,duduk sebelah suami.Pernah jg fly bersama suami tp akibat x tempah seat so berjauhan la kmi even 1 flight hehe. Kami tiba d Terminal 2,Kota Kinabalu jam 9.00 mlm dan sudah ada saudara Nasir yg menanti dan menyambut kami(aka Mak Ndak& her son).Seusai bersapa&bersalaman,kami diberi sebuah kenari untuk kegunaan sepanjang percutian.Thanks..Bermulalah edisi percutian kami....

4 DIS 2009 - Dinner @ food court Pantai Tanjung Aru
- Check in hotel @1 Borneo
5 DIS 2009 After breakfast plan nk pegi jln2 sebentar sekitar KK.

- Lunch@food court Central Point(Restoran Super Faezah)
- Pasar Kraftangan Kota Kinabalu aka Pasar Philipin
Seusai lunch, nk meneruskan perjalanan,malangnya ttba keta rosak,enjin x bole dhidupkan, so terbantut lah planning ke destinasi berikutnya.Sementara tggu sedara Nasir dtg dan bw keta pegi workshop,kami round2& window shopping dl kt CP&Pasar Philipin(jamu mata,minum air kelapa).Dh petang br keta ok.Perjalanan seterusnya ke:

- Masjid Bandaraya kot lupa dah nama..besar
- Observatory Tower aka Bukit Bendera(nampak 1 sabah)
- Pasar Malam Kg Air (brg2 sni lg murah dr Pasar Philipin)

6 DIS 2009 After breakfast plan nk pegi Kundasang,sblm tu m.ndak ada call bgtau jln runtuh.Tp dah on the way so teruskan jg perjalanan.Dh setengah perjalanan mmg ada tebing runtuh,kna drive slow sbb jln ditutup,jln sehala sj.Dlm ati Allah sj tahu..Doa mg selamat semuanya.Alhamdulillah selamat jg spi.

-Kinabalu Park...sejuk sgt(90km dr Kota Kinabalu)
Hujan mula turun renyai2 dgn awan mendung mcm nk hujan lebat, so kmi x berani amik risiko untuk teruskan perjalanan ke Kundasang.X spi jg hajat nk ke sana.I.allah myb next time kot hehe..Dlm perjalanan pulang ke K.K kmi singgah di

- Masjid Bandaraya Likas (mcm msjid terapung kt ganu)
- Pantai Tanjung Aru (minum ptg&amik angin d tepi pantai)
- Pasar Malam@Pasar Philipin(beli seafood& ikan bkr)

7 DIS 2009 Memandangkan hari ni hari terakhir d sabah dan edisi percutian akan tamat so kami sedayanya memanfaatkan sisa masa yg masih berbaki dgn sebaiknya. Setelah check out dr hotel kami menuju ke

- Muzium Tamadun Islam Sabah
-Monsopiad Cultural Village(Monsopiad:pahlawan Kadazan)
Kt sini byk tmpat mnrik& aktiviti yg best spt titi gantung,berakit,melastik,menyumpit dan aktiviti kebudayaan.

Dah penat berjalan dan enjoy dgn aktiviti d sana,then kami pegi lunch kt restoran apa ntah namanya.Ok jg masakannya.
Lepas lunch kami menuju ke rumah m.ndak utk menziarahinya,tumpang solat,lepak2 dan mnm ptg.Rasa x puas lg bercuti d sni,banyak lagi tempat menarik x sempat nk pegi tp apakan daya masa dan keadaan tidak mengizinkan kami untuk terus d sni.I.allah ada rezeki kembali lg kami..Terima kasih pada m.ndak&a.chaq sefamily ats segala bantuan dan pertolongan kalian.Mg Allah sj dapat membalasnya.6.30 ptg kami menuju ke airpot.Flight kul 8.10 mlm.
Alhamdulillah selamat spi d LCCT pkl 11mlm.Fuh.. penat sungguh bercuti,jadual padat setiap hari.Esoknya suamiku& Nasir kerja,sian mereka x sempat rehat2.Mujur la sy&Aina cuti so dapat qadho rehat seharian hehe.Apapun mmg happy sgt dgn Year End Holiday 2009 ni.

Monday, November 30, 2009

Demam Raya

Salam Aidiladha buat semua umat islam.Maaf Zahir&Batin.
Minggu ke 2 cuti sekolah,sy&suami pulang ke Kedah utk berhari raya bersama keluarga.Walaupun kepulangan kami hanya untuk beberapa hari (khamis- ahad), namun ianya cukup beerti bila dapat bertemu sanak saudara.Kami bertolak pg khamis(esoknya raya) dlm keadaan suami yg kurang sihat(dmm selsema&batuk) mgkn d sebabkan perubahan cuaca yang x menentu lewat ini.Saya?Alhamdulillah.. masih dlm keadaan sihat.Namun ujianNYA siapa tahu..Keesokan harinya,seusai solat sunat Aidiladha d kg mertua(A.Setar),saya pula mula rasa x sedap badan,batuk2 dan akhirnya demam.Rupanya dh berjangkit dari suami.Kata suami"kita sehati serasi",ada2 sj dia tu..X sempat nk pegi klinik so beli ubat kt farmasi ja.Mujur la tak seteruk mana..apapun kami tetap gembira berhari raya even dlm keadaan kurang sihat.
Petang raya kami bertolak ke Seberang Perai untuk menziarahi ayahnda yg tinggal bersama k.long dgn bantuan ct(maid).Tima ksh pada kalian yg menjaga ayah dgn baik.Mg Allah sj dapat membalasnya.i.allah..Setelah 2 hari bermalam d Seberang Perai,pg Ahad kami bertolak balik ke N9.Berat hati untuk pulang,rasanya belum puas melepas rindu pada saudara mara,tapi apakan daya suami x dapat cuti lama.Tuntutan kerja dan kekangan masa menghalang kami untuk terus bersama keluarga.Nak dibiarkan dia pulang keseorangan,kesian pula,tambah2 lg x sht.I.allah bl2 ada kelapangan,ada rezeki kita ketemu lagi.
Walaupun keadaan kami berdua masih x sihat sepenuhnya hingga kini,tp alhamdulillah masih dberi kekuatan olehNYA untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa.Apa yang merimaskan,ubat kna makan tiap ari.Oh I don't like it..Apapun moga kami cepat sembuh seperti sediakala coz esk ptg kami akn fly ke sbh utk bercuti beberapa hari bersama teman akrab.Doakan keselamatan kami....sampai ketemu lagi.....

Sunday, November 22, 2009

Sunyi Kembali

Setelah lama x menulis en3 sbb x der mood+ malas,hari ini tetiba mood rajin datang. hehe..Sebenarnya boring dan x tau nak buat apa sorang2. Seusai menyiapkan segala tugasan rasmi as a housewife 24hours sejak cuti persekolahan akhir tahun 2009 bermula,so dpt la idea nk menulis sedikit catatan aktiviti sepanjang cuti.Almaklumlah cuti lama..sbln lebih tuu..
Weekend pada minggu pertama cuti(21&22 Nov 2009),ku gumbira...coz my beloved sister,k.dayah&her husband(abg din) yang menetap d Penang datang bermalam d rumahku so x la terasa sunyi sgt.Sebenaqnya my sis kena lapor diri d Institut Perguruan Islam,Bangi.Alang2 dh dekat diorang datang la menziarahiku&suami.Klu saja-saja nk datang ziarah tu lambat la rasanya kn?betoi x kak? hehe..Anyway thanks atas kesudian kalian datang menziarahiku yang jauh d perantauan ni.sedih la plak..aku la satu-satunya adik beradik yang paling jauh dr family.Kakak2 dan abg2 yg lain menetap sebelah utara ja(Kedah&Penang) huhu....Nak buat camna,rezeki kami d sini...Bak kata orang,muda-muda ni merantau la dulu tgk tempat org,jauh perjalanan,luas pengetahuan..hope so.
Sebelum my sis g regist pada 23/11,kami sempat la g jalan2 pada hari sabtu n ahd .Antara destinasi yg dilawati:
SABTU,21 Nov 2009.
1) Jaya Jusco,Seremban 2
2) Satay Kajang Hj Samuri (tp bukan d Kajang,cawangannya d Senawang)

AHAD,22 Nov 2009.
1) IPG Islam,Bangi (sekadar melawat kwsn n menunjuk arah pd diorg)
2) Kuarters dlm UKM (umh kwn abg iparku dan secara kebetulan isterinya,rakan sekerja suamiku.
3) Alamanda,Putrajaya
4) Sekitar Putrajaya
5) Masjid Sultan Mizan atau known as masjid besi yg masih dlm pembinaan tp sudah beroperasi even escalatornya belum berfungsi lg.

Hari ini my sis awl2 pg sudah pergi regist,dh xle sembang2.Katanya cuti sek next year dtg plak.Kedatangnmu sentiasa ku nanti...Anyway ku harap kau tabah,gigih dan sabar menghadapi segala ujian dalam menuntut ilmu demi masa depan. Doaku sentiasa mengiringimu&kandunganmu agar kalian sentiasa dalam peliharaan NYA.I.allah...
Husband lak pegi office cm biasa so tinggal la daku keseorangan...kesepian...kesunyian...
Sunyi Kembali.....



Thursday, October 1, 2009

kehidupan di tempat baru

Alhamdulillah...syukur ku panjatkan pd Allah kerana masih d beri kesempatan merasai nikmat hidup di dunia yang fana' ini...

Sebenarnya ini merupakan 1st entry utk blogku yg br d bina atas sbb keboringan yg melanda hidupku d tempat baru.Kini hampir 4bln aku berada d N9,merasai hidup berumahtangga yang sebenar setelah 3 thn hidup berjauhan dgn suami.Perasaan ku sentiasa berbaur gembira dan sedih..gembira sbb dpt hidup bersama suami..tp sedih sbb terpaksa meninggalkan sek n kwn2 yg sdh ku anggap mcm familyku sdr semasa aku mengajar d SK Kuala Kedah.baru kurasai betapa nikmatnya berada d negeri kelahiran sendiri.namun apakan daya..takdir menentukan rezeki aku& suami d sini.aku redho atas segala ketentuanNYA..."hujan emas d negeri orang,hujan batu d negeri sendiri,lebih baik x ujan emas @ ujan batu....lagi baik klu ujan rahmat....

Walaupun aku gembira dpt hidup bersama suami d sni namun kenangan d sekolah lama x mgkn d cipta lagi d sni...sek baru amat membosankan...sesi ptg plak tu.dah tu ckg2 kt sni x best lgsg.namun apakan daya... apa yang kita nak x semua kita dpt.berbekalkan niat suci utk mendidik ank2 bangsa,ku buang jauh2 perasaan itu...lantas ku cipta blog ini agar dpt ku luahkan isi hati ini..mg2 dpt mengurangkan rs bosan d sekolah baru...